09 February, 2014

Mulakan Dunia Baru.. 2014

Hai, Hello, Koniciwa.. Setelah setahun tidak kembali akhirnya saya (tuan punya blog) kembali menaip isi - isi pada skrin monitor atau laptop korang.. Minta maaf kerana gua (cakap gaya ala -ala orang K.L pulak) jarang update blog (jarang tapi tinggal dekat setahun lebih dah.. kiki..!!) Terima kasih yang sudi menjenguk blog aku yang dah berkurun lamanya di tinggalkan oleh aku dan lepas ni aku akan sentiasa update untuk cerita baru dan Japanese language season.. (blog aku cukup top dengan bahasa jepun..) Yeah..!! owh ya, aku sekarang sudah graduate sebagai networking engineer dan bekerja di kilang AMD yang agak megah gak laa di penang.. (AMD mean Advance Micro Device..) Hehe..!!

Anyway, Thanks pada korang yang sudi datang blog aku yang tak seberapa ni.. sebelum tu, jom jana side income.. hehe..!!

Sekian,


15 February, 2013

Terima Kasih..!!

Assalamualaikum.. Hai, lama tak bloging nie.. mesti blog nie rasa macam dah mati kan.. (maw tak mati, tuan blog nie dah busy gile sejak masuk tahun akhir pengajian nie.. dah banyak subject tak ambik lagi..) Apapon, blog aku still active lagi kira OK lagi la kan.. (sebab ramai nak belajar bahasa jepun tuu.. itu pasal laa..) Thanks kerana sudi menjenguk blog aku yang lama tak update nie.. Insyaallah, semester nie maybe boleh cerita dalam blog nie walaupon sebulan sekali.. hehe..!! OK laa.. nak out, apa-apa pon terima kasih..!! (love you all..!!)

Sekian,

21 October, 2012

Yang tersirat : Wuduk

Assalamualaikum.. Aduh..!! Bosannya weekend aku hari nie.. cuaca mendung dan gelap.. (dok nampak dah hari nie hujan lebat..) Hmm.. Hari nie aku x tahu nak update apa tapi aku ada terjumpa artikal yang amat menarik.. (kita buka bab agama pulak..)
 

Sebelum kita solat atau mengaji al-qur'an, first kita buat adalah mengambil wuduk kan..?? (kalau x ambik tuu x sah laa sembahyang dia bukan.. sia² aja..) Bila di tanya kenapa ambil wuduk..?? Jawapannya nak bersihkan diri dan mensucikan diri dari kotoran dengan mengunakan air yang bersih.. Tak semua tahu kenapa kita berkumur, basuh muka, tangan, kepala, telinga, kaki kan..?? Semuanya ada maksud tersendiri..

Ketika ambil wuduk tuu niatkanlah dalam hati kita tuu ye..
1. Mulakan dengan bismillah dan niat untuk mengambil wuduk..
2. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
3. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
5. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
6. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
7. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
8. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
9. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Menarik bukan..?? Sebab itu laa kita sentiasa berwuduk dan menjalankan ibadah.. Memang benar laa Islam itu INDAH.. Ok laa.. Nak bersiap pergi meronda-ronda sebelum hujan turun.. (Yang x solat lagi tuu, baik pi tunaikan kewajiban tuu.. Nanti terlepas pula.. Hehe..!) Selamat ye..

Sekian..