21 October, 2012

Yang tersirat : Wuduk

Assalamualaikum.. Aduh..!! Bosannya weekend aku hari nie.. cuaca mendung dan gelap.. (dok nampak dah hari nie hujan lebat..) Hmm.. Hari nie aku x tahu nak update apa tapi aku ada terjumpa artikal yang amat menarik.. (kita buka bab agama pulak..)
 

Sebelum kita solat atau mengaji al-qur'an, first kita buat adalah mengambil wuduk kan..?? (kalau x ambik tuu x sah laa sembahyang dia bukan.. sia² aja..) Bila di tanya kenapa ambil wuduk..?? Jawapannya nak bersihkan diri dan mensucikan diri dari kotoran dengan mengunakan air yang bersih.. Tak semua tahu kenapa kita berkumur, basuh muka, tangan, kepala, telinga, kaki kan..?? Semuanya ada maksud tersendiri..

Ketika ambil wuduk tuu niatkanlah dalam hati kita tuu ye..
1. Mulakan dengan bismillah dan niat untuk mengambil wuduk..
2. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
3. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
5. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
6. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
7. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
8. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
9. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Menarik bukan..?? Sebab itu laa kita sentiasa berwuduk dan menjalankan ibadah.. Memang benar laa Islam itu INDAH.. Ok laa.. Nak bersiap pergi meronda-ronda sebelum hujan turun.. (Yang x solat lagi tuu, baik pi tunaikan kewajiban tuu.. Nanti terlepas pula.. Hehe..!) Selamat ye..

Sekian..

18 October, 2012

A.E.S


Assalamualaikum w.b.t.. hoho..!! Macam² dah berlaku kat Malaysia nie.. Sekarang aku baru dapat tahu banyak simpang empat kat Kangar dah pasang kamera tertutup CCTV.. (Tapi awat lain macam aje dia punya kamera). Selidik punya selidik sudah pasang AES daa.. (Lepas nie x ada 'can' laa nak potong lampu merah lepas nie..) Korang tahu ka apa itu AES..??

 kamera AES mudah alih yang in-progression sebelum di pasang di tempat yang ditetapkan..

AES mean Automated Enforcement System.. (Kalau dalam bahasa melayu Penguatkuasaan Automatik Sistem) Bila dia di pasang..?? Menurut motortrader.com.my, ia di pasang pada bulan Ogos lepas.. (Kat Perlis aku x tahu bila diorang pasang..) Hampir 800 kamera tetap dan 500 kamera mudah alih di pasang bagi memantau lalu lintas.. Kebanyakannya di pasang di laluan lebuh raya dan simpang jalan yang dikenali 'jalan hitam'..

Ramai orang tak puas hati dengan pemasangan AES nie.. (Ye laa.. Kalo dah kena snap dengan kamera tuu jadi saman terus laa.. dah laa mahal saman dia.. adoiyai..) Pihak JPJ dah dedahkan lokasi² di mana tempat AES di pasang.. Jadi kepada penguna jalanraya, berhati-hati laa semasa memandu.. (Lepas nie yang beli kereta ferari, lamborgini tu bawak laa 110km/j.. Hahaha)

 Jadi, apa pon selamat memandu ye.. Lagipon raya haji dah dekat.. Ramai budak² universiti dengan matrikulasi nak balik kampung halaman.. Semoga selamat sampai ke destinasi ye.. (Aku pon xsabar nak balik kampung nie.. Cepat la datang 24hb.. Tak sabar nak balik kampung nie..)

Sekian..

11 October, 2012

Apabila Internet sudah penat..

Respon yang aku dapat.. amat membanggakan..

Hah..!! makin hari makin teruk internet di kolej kediaman aku sejak aku berada di hostel nie.. (Dah dekat sebulan lebih aku kat sini.. Tak ada perubahan internet kat sini..) Tension betul bila aku nak sangat pakai nak surf cari maklumat untuk assignment atau tutor, mesti internet aku dah penat.. (Why always me..?? asyik aku ja x dapat.. argghh..)

Maafkan saya kalau kerja² saya tertangguh.. (Yang pasti esok aku ada quiz aku.. Semak kepala tunggu nak download note.. Zzzz)

Sekian..

04 October, 2012

After 5 Month..

Assalamualaikum semua.. Setelah 5 bulan tak ber'blogging' nie jadi kekok pulak nak update blog.. (ada siapa² rindu aku x..? Hehehe..) Ok, setelah sekian lama aku tak ber'blogging' nie macam² dah berlaku kat blog aku nie haa.. (nasib baik x di 'terminate'kan.. kalau tak, nak kena buat baru..) 

Chatroom yang aku edit di tepi kanan blog aku sudah problem.. (penat aku edit cantik², depa block pula..) Ingat nak 'aktif' kan balik chatroom aku tapi server mereka dah unactivated laa.. (alaa.. baru nak upgrade balik..)

Nota² aku untuk post dalam blog aku (bahasa jepun especially..) sudah hilang selepas balik ke kampung halaman (Mana aku simpan pon x tahu.. Cuti lama sangat jadi macam nie laa.. Hehe..) Jadi aku kena laa cari bahan lain laa untuk post benda baru² dekat blog aku nie.. (Jangan risau, lepas nie ada lagi bahasa jepun bakal aku update cuma tiada bahan rujukan je.. huhu..!!)

Lepas nie aku akan cuba meng'update'kan blog aku yang dah lama aku tinggalkan.. (5 bulan aku tinggal, mesti orang ingat aku sudah tutup kedai..) Apa nak di katakan, aku akan terus ber'blogging' seperti biasa.. (I'm back.. Hoyeeahh..!!) Apa² pon selamat malam..

Sekian..