21 October, 2012

Yang tersirat : Wuduk

Assalamualaikum.. Aduh..!! Bosannya weekend aku hari nie.. cuaca mendung dan gelap.. (dok nampak dah hari nie hujan lebat..) Hmm.. Hari nie aku x tahu nak update apa tapi aku ada terjumpa artikal yang amat menarik.. (kita buka bab agama pulak..)
 

Sebelum kita solat atau mengaji al-qur'an, first kita buat adalah mengambil wuduk kan..?? (kalau x ambik tuu x sah laa sembahyang dia bukan.. sia² aja..) Bila di tanya kenapa ambil wuduk..?? Jawapannya nak bersihkan diri dan mensucikan diri dari kotoran dengan mengunakan air yang bersih.. Tak semua tahu kenapa kita berkumur, basuh muka, tangan, kepala, telinga, kaki kan..?? Semuanya ada maksud tersendiri..

Ketika ambil wuduk tuu niatkanlah dalam hati kita tuu ye..
1. Mulakan dengan bismillah dan niat untuk mengambil wuduk..
2. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
3. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
5. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
6. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
7. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
8. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
9. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Menarik bukan..?? Sebab itu laa kita sentiasa berwuduk dan menjalankan ibadah.. Memang benar laa Islam itu INDAH.. Ok laa.. Nak bersiap pergi meronda-ronda sebelum hujan turun.. (Yang x solat lagi tuu, baik pi tunaikan kewajiban tuu.. Nanti terlepas pula.. Hehe..!) Selamat ye..

Sekian..

4 comments:

Badrina Ibtisam said...

Ya Allah.. Rasa sebak je baca post ni. Huhu. Anyway nice sharing lah =') Tq for these lovely post =')

❤farahin izzati❤ said...

dah lama saya cari entri ini
akhirnya dapat juga bertemu dengan entri ni,
alhamdulila :)
thanx :)

Cik Yaya said...

taw jg ni..dan Alhamdulillah selalu amalkan..
slalu amik wuduk, InsyaAllah,angota bdn pon thndar dri mlakukn prkara xelok.. =)

syiela said...

thanks ye kongsi :)

Post a Comment