16 May, 2012

Trip : Air Terjun Kg. Wai, Perlis

Yeah..!! Setelah sekian lama aku x update.. Akhirnya sempat jugak aku create entry untuk minggu nie.. Ya, petang semalam, selepas habis Test ke-2 Control n' System (soalan dia susah gila, naik pecah kepala otak aku nak menjawab tadi.. grr..!!) Tetiba ada plan nak pergi mandi air terjun Kg. Wai.. (Hah..!! kat kuala perlis ada air terjun ka..??) Aku pula x tahu dekat area Kuala Perlis nie ada kawasan air terjun.. So, aku dengan kawan² aku mulakan perjalanan dengan 5 buah motosikal dan sebuah basikal.. (sebelum nak bergerak tadi pakat berebut laa nak naik basikal tadi.. haishh..) Dengan ini geng pengembaraan bermula.. (yang x tahan kami semua sesat nak pi sana.. haha..!!)

 Inilah laa dia trip perjalanan kami dari kolej kediaman ke bukit belakang yang menjadi tanda tanya kami semua yang bawasanya dekat area Kuala Perlis ada air terjun.. Jadi, kami semua akan selidik tempat tersebut mana tahu, nanti boleh buat BBQ atau tempat lepak untuk budak² kelas aku.. Hehe..!!

 Korang nampak bukit² kat dalam picture tuu..?? Haa.. Tempat tuu laa kita orang semua nak pergi tengok ada apa kat sana.. Mana taw kot² ada harta karun.. Haha..!! (Opss..!! sori camera-man.. kita orang laju sebab orang berbasikal kayuh laju laa..haha..!!)

 Dalam perjalanan naik bukit (sampai paksa motor aku teran nak naik.. boleh jahanam motor aku kalo jalan bukit² macam nie..) Dah elok² nak sampai tempat kami semua nak tuju tuu.. (x sampai 200 meter je..) Member aku, Si Qie nak pitam pulak.. (ye laa.. penat kayuh naik bukit pastu oksigen pon kurang sikit sebab atas bukit kan.. pernafasan pon huh hah laa..) Tapi x mengapa, masih lagi under control.. (nie kalo telefon ambulans, mampos die nak mai sni dengan jalan macam nie.. haha..!!)

 Setelah sampai ke destinasi, kami biarkan member kami nie rest sekejap.. (kesian haa tengok..) Yang lain pulak ambil peluang nak hirup udara² segar kat sini haa.. fuhh.. sejuk n' nyaman wa cakap sama lu..!

 Tiba di tempat kejadian, agak mengecewakan apabila melihat tempat tadahan air agak² cetek.. (ini stok basuh kaki ja nie..) Lagipon tempat ini sudah lama di tinggalkan dan memang harapan nak mandi air terjun tuu memang tipis laa.. (nak wat macam mana.. sabar je laa.. haha..!!)

 Biar pon kami penat lelah mendaki bukit dengan ketiadaan air tempat kawasan tadahan tuu tapi kami semua still happy lagi sehh.. (2 orang belah kanan tuu lagi excited..haha..!!)

 Ingatkan nak balik, tapi dah terjumpa lorong masuk hutan nie, kami semua cuba lalu dan trekking naik keatas pulak dengan harapan nak cari air tapi melihat keadaan sekeliling dan laluan air pon sekadar air takung je.. (memang xdan can laa nak mandi nie..!!) Tak sampai 300 meter kami semua patah balik ke tempat kami parking motor tadi.. (penat sehh naik.. licin pulak tu..)

 Ok.. Masa untuk turun bukit pulak.. Qie pon dah tunjuk isyarat "boleh lagi".. kami semua pon apa lagi, vroomm² turun balik laa.. (x ada laa nak tinggal mamat nie.. t pitam kat mana² karang, naya kami semua nak cari dia.. haha..!!)

Hat nie kami saje² nak mai.. dah alang² nak berjalan kan.. kita orang pusing² laa pi tepi laut dekat area² Kg Wai nie haa.. (Ok laa ckit dari nak pi lepak kat Kuala Perlis tuu kan..)

 Yang nie laa gambar nampak macam style sikit.. (boleh laa jadi cover album untuk budak² networkers t.. haha..!!) Apa² pon thanks kat camera-man² (termasuk aku) kerana sudi menangkap trip² kita orang pergi ke air terjun tuu sampai lepak tepi laut nie ye.. (Si Daus baju merah yang banyak gambar..)

Mari laa kita pulang sambil melayan buku² untuk test yang bakal datang pada minggu² hadapan.. (adoi.. sakit kepala mai dah.. tidak²..)

Sampai di sini sahaja trip kita orang untuk minggu ini.. Mungkin lepas nie aku bakal cerita pula budak² kelas aku yang bakal kahwin hujung bulan nie.. (untung laa budak kelas aku kahwin awai..) So, kita jumpa lagi ye.. jaa na..

Sekian..

4 comments:

Fee said...

Fid tipu.. :)

PenaGelap said...

hg x pi diam.. haha..!!

Nurul Farhan said...

wahh kemain! sampai pengsan2 hahaha sakan2..
neway,, air terjun Kg. Wai? xpenah dengaq,,
tgk tmpatnya pun xdak sapa2.. hutan mana hampa pi tu?? seram ja pon.. kih3..

gmbr sebelum last tu mmg style! ;P

eZmALiZa said...

bile masa kg wai ade air terjun? hahahaha

Post a Comment