06 April, 2012

Variasi Ikan Betta (Ikan Laga)

Assalammualaikum n' ohaiyo minasan.. Setelah aku berpenat-lelah untuk kelas menimba ilmu akhirnya dah tiba masa aku bercuti rehat seminggu.. (balik kampung oi oi balik kampung..) Macam mana laa keadaan family aku kat sana.. Harap² mereka semua sihat² belaka..(padahal kampong dekat ja.. hehe..!!) Ok laa, sebenarnya cuti nanti banyak plan aku nak wat tapi x taw mana satu nak pi.. Apa² pon aku nak cari balik pet baru.. dah lama x jaga pet nie.. (zaman dulu² orang layan digimon kan²..??) Aku tengok member² ramai toi bela sugar gilder tuu.. (rupa macam tupai.. cute kot..) Tapi mahal sangat pet tuu, x mampu aku nak jaga.. Bila aku ingat² balik aku dulu da aquarium.. Dah lama kosong, boleh laa aku cari ikan betta baru.. sekarang ikan betta makin hot pula aku tengok.. (dulu aku bela² banyak ekor xda pulak competition ikan laga nie.. huh..!!) Sekarang dah mula aku nak cari balik.. heee..

Sebenarnya ikan laga sekarang nie dah da variasi baru.. Kalau ada competition pon, ada pula jenis² die nak di pertandingkan..(fuyyoo.. dah macam competition kereta laa pulak..) Jadi yang selalu mereka pertandingan ikan laga nie jenis:
- HalfMoon

- Plakat
- Crowntail
- Doubletail


Halfmoon (HM)
Paling top + diminati orang ramai ikan jenis nie.. E
kornya yang panjang dengan bukaan 180o tuu kelihatan separa bulan.. (wow..!! mesti cantik gila..) Ikan laga nie nilai die agak tinggi dan kualiti sukar nak dihasilkan.. HalfMoon yang berkualiti sekurang²-nya mestilah mempunyai ekor semetri dengan bukaan ekor tidak kurang dari 180o ..
Contoh Ikan Betta Halfmoon
Plakat (PK)
Merujuk kepada ikan laga berekor pendek.. Secara amnya terdapat dua jenis plakat untuk pertandingan iaitu Traditional Show Plakat dan M
odern Show Plakat.. (ikan laga kampung.. tapi lawa..) Kedua² jenis Plakat ini mestilah mempunyai ekor belakang berbentuk ‘D’ dan sekurang²-nya 180o .. Bagi Traditional Show Plakat, ikan jenis ini biasanya mengekalkan ciri-ciri asli ikan laga.. Contohnya bucu ekor belakang berbentuk bulat (tidak tajam) dan ekor bawah berbentuk trepezod.. Selain itu ciri Traditional Show Plakat yang utama adalah ekor belakang hanya mempunyai 2-4 tulang sahaja.. Manakala Modern Show Plakat lebih kepada ikan laga yang menunjukkan ciri² hasil dari pembenihan terpilih... Contohnya bucu ekor belakang yang tajam dan ekor yang lebih semetri.. Modern Show Plakat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu Plakat Semetri dan Plakat Tidak Semetri.. (kiranya dia open competition ikan laga kampung.. leh la join orang kata kan..)
Contoh Ikan Betta Plakat
Crowntail(CT)
ikan laga paling unik dan ada kelas die tersendiri.. ikan ini dikatakan berasal dari Indonesia.. (ikan import dari luar negara..) di Indon ikan ini di panggil Chupang.. Ikan laga ini mempunyai ekor yang tajam + bercabang.. kualiti juga sama macam HalfMoon, mempunyai ekor belakang dengan bukaan 180o .. Terdapat pelbagai variasi pada ekor Crowntail berdasarkan jumlah tulang @ cabang yang dihasilkan.. Antaranya Single Ray, Double Ray, Double² Ray dan King Crowntail..
Contoh Ikan Betta Crowntail
Doubletail(DT)
Ikan laga yang mempunyai belahan pada ekor belakang.. Dalam erti kata lain, ikan ini seolah² mempunyai dua ekor belakang. Walaupun bergitu, Doubletail yang baik mestilah mempuyai ekor belakang 180o
dan belahan tengah yang dalam dan semetri.. Doubletail boleh muncul dalam pelbagai variasi seperti Doubletail Halfmoon (DTHM), Doubletail Plakat (DTPK) dan Doubletail Crowntail (DTCT)..
Contoh Ikan Betta Doubletail Plakat
Wahh.. Lepas nie memang aku cari ikan betta and then try to join the competition.. (itu pon kalau da rezeki..) Ok la, aku pon nak packing² barang.. esok kawan nak balik kampung dah.. Selamat ye.. (mak, abah, adik².. tunggu abang long balik ye..)
Sekian..

9 comments:

mamapp said...

cantik plak bila tgk ikan laga ni. mama punya dulu jenis plakat tp dah mati huhu

Unknown said...

dulu2 masa kecik2 abg saya ngan adik2 ada juga bela ikan ni. tapi sekarang dah besor2, tak de dah ikan2 .. hehe

pet said...

peminat ikan la ni? haha

Marvin Rangge Velasquez said...
This comment has been removed by the author.
-meeSUPERGIRL- said...

cantiknye ikannn ...

follow :)

NUR SABRINA FIRZANAH said...

dulu ada bela . tapi mati , hoho :)

Harun Ar said...

Wuaaah... Ikan beta?? Cantik nian....

Unknown said...

Anak saya ada bela ikan laga crowntail,kawqn dia bagi.

Unknown said...

Anak saya ada bela ikan laga crowntail,kawqn dia bagi.

Post a Comment