15 April, 2012

Perkahwinan Tanpa Hutang


Assalamualaikum.. Sumimasen².. (minta maaf..) Lama betul aku bercuti ye.. Haha..!! (padahal seminggu ja pon..) Sejak aku bercuti nie semua plan aku semua aku tolak mentah².. Nie semua kes kewangan laa nie.. hadoi.. (kalau laa da side income kan best..!!) Balik kampung jumpa adik-beradik kena soalan bertubi-tubi pasal study dan kahwin.. (alamak..!! sakit² kena soalan macam tuu..) Disebabkan aku try nak kawin awal, aku ada terbaca satu artikel majalah nie laa.. Nie aku copy paste je nie majalah tuu..(lupa lak apa nama majalah tuu sebab cover majalah pon dah hilang kes main kapal terbang.. haha..!) Korang try baca tengok.. Boleh terima x apa yang artikel katakan tuu.. Layan..



MELANGSUNGKAN perkahwinan adalah impian pasangan yang sedang hangat dilamun cinta, namun berapa ramai yang benar-benar mampu mengeluarkan belanja untuk menganjurkan majlis yang diimpikan?

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, SYARIFAH DAYANA SYED BAKRI dengan Pengarah Shuth Network Sdn Bhd, Mohd Suhaimy Abu Bakar mengenai tip mengumpul wang bagi melangsungkan perkahwinan tanpa perlu membuat pinjaman peribadi.

Kerana itu segelintir pasangan memilih untuk membuat pinjaman peribadi semata-mata bagi menampung perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.

KEBANYAKAN pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman peribadi bagi menampung perbelanjaan. Adakah langkah berkenaan sesuatu yang perlu dilakukan pada zaman sekarang..?

Pinjaman peribadi pada zaman sekarang adalah sesuatu yang mudah didapati dan kebanyakan institusi kewangan menawarkan kemudahan ini. Namun, saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang baik kerana hanya akan menyusahkan peminjam di kemudian hari.

Pada pandangan saya, meminjam duit untuk menjana duit yang lebih banyak adalah sesuatu yang bijak. Namun, sekiranya membuat pinjaman semata-mata untuk membelanjakannya adalah sesuatu yang merugikan.

Tetapi, disebabkan keadaan mendesak, terdapat segelintir pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan terpaksa membuat pinjaman peribadi.


Adakah cara lain untuk mendapatkan wang bagi melangsungkan perkahwinan selain membuat pinjaman peribadi..?

Selain membuat pinjaman peribadi, pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan masih boleh mengumpul wang secukupnya untuk hari bahagia mereka.

Malah, jika konsisten dan mampu menahan diri daripada membelanjakan gaji bulanan untuk perkara yang tidak penting, mereka yang mempunyai gaji minimum RM1,000 boleh mengumpul sehingga RM15,000 dalam tempoh kurang dua tahun.

Bagaimanapun, terdapat perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan proses mengumpul duit dapat dilakukan dengan sempurna.

Langkah pertama adalah dengan mengawal perbelanjaan serta mengelak diri daripada membelanjakan wang untuk perkara yang kurang penting seperti menonton wayang, melancong, berkaraoke atau membeli perabot tidak perlu.

Selain itu, bakal pengantin juga perlu mengelak daripada menambah hutang atau membuat hutang baru seperti membeli kereta atau berbelanja menggunakan kad kredit.

Bagi membantu menambah pendapatan, mereka juga boleh membuat kerja sampingan seperti berniaga dalam talian atau berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam.


Selain mengikut saranan yang diberi, apakah cara lain untuk membantu bakal pengantin mendapatkan wang mencukupi..?

Perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan menukar gaya hidup masing-masing. Jika selama ini kebanyakan individu hanya membuat simpanan selepas berbelanja, maka mereka perlu mengenepikan kira-kira 10 peratus daripada gaji diterima untuk simpanan.

Selepas membuat bayaran bil utiliti, mereka perlu menyimpan untuk diri sendiri.


Apakah saranan yang boleh diberi kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tanpa membuat pinjaman peribadi..?

Walaupun agak sukar mengumpul wang, tindakan mengumpul duit sendiri bagi melangsungkan perkahwinan adalah sangat bijak.

Ini kerana kebanyakan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan tidak mengetahui cabaran selepas selamat diijabkabulkan.

Cabaran mengumpul wang menjadikan seseorang itu lebih matang dan menghargai wang yang dimiliki. Tetapi sekiranya mereka mengambil keputusan membuat pinjaman, maka pada masa akan datang kemungkinan untuk membuat pinjaman lain boleh terjadi.

Apakah nasihat untuk mereka yang ingin berusaha mengumpul wang sendiri bagi melangsungkan perkahwinan..

Apa yang paling penting adalah mengukur baju di badan sendiri. Jangan berbelanja di luar kemampuan atau menginginkan majlis yang luar biasa atas alasan perkahwinan itu sekali dalam seumur hidup. Berbelanjalah secara sederhana kerana apa yang paling penting adalah mengutamakan perkara wajib dan mengadakan kenduri untuk memaklumkan kepada saudara-mara, rakan-rakan dan masyarakat mengenai perkahwinan itu.

Malah, saya juga nasihatkan mereka yang mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga agar merancang dari awal kerana ia akan menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan.
Hmm.. Kalau dapat bakal isteri yang ok, x pe laa.. Kalau dapat bakal isteri boros, kaki shopping, kaki jalan, arrgghh.. bukan hutang yang x settle nie.. Silap² penyakit pon boleh datang secara mengejut.. (minta² di jauhkan.. hehe..!!)Tak apa laa, biar lambat kahwin, kasi ada kerja tetap dan saham diri stabil dulu baru aku pikir semua tuu, betul x..?? Aku pon masih single lagi, wat apa nak kalut².. (padahal dalam hati kecewa gila xda marka sejak break tahun 2009 dulu.. hadoi..) so, abai kan dulu..Apa pon jom men"study"kan diri.. (tidakk..!! minggu nie penuh dengan test dan assignment.. arggghh..)
Sekian..

10 comments:

CloudDragon said...

2 la fid relaks sudah.. yg penting hidop nie kita enjoy sambil beramal.. hehe

Muttallif said...

Yang penting daya untuk "adapt" dengan persekitaran adalah penting untuk seorang dewasa.

Tidak lagi bergantung harap. Hutang, semua berhutang kerana persekitaran. Andai dapat diundur masa tatkala wang bukan satu perkara wajib. Semua akan balik. Tapi, jika berlaku perkara tersebut, masih mampu kita untuk hidup?

Retikah kita zaman sekarang untuk menangkap ikan di laut, menanam di ladang untuk makan?

Hanya untuk sebuah cetusan diminda. Tepuk dada, tanya upaya.

Tapi, atas adalah satu tips dan cara yang baik.

Thank

Nurul Farhan said...

nice sharing.. ada betulnya apa yg dikatakan dlm artikel ni.

paling stuju kat :

"kebanyakan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan tidak mengetahui cabaran selepas selamat diijabkabulkan"

jadi x perlulah tergesa2 dlm bab nih..

btw, pena nk try kawin awl? errr boleh plk try2 ek? hehe.. pape pun, nti dh nk kenduri jgn lpe jemput! kih3 ~_^

9n0L4 said...

buat lah saving sblm kawen. slps kawen pun perlukan duet juge. ;)

Unknown said...

Betul, jangan kalut-kalut.
Bila time dah sampai, ingat jugak, jangan sampai majlis jadi satu pembaziran. Kayuh pelan-pelan.
U can do it! hehe =)

AZLA said...

artikel yg bagus dan sangat menarik kawan, trims

Ms Ikin said...

as salam...

tul, orang biase pentingkan majlis nk gah2.. nk tunjuk ngn semua org.. walhal, kehidupan selepas kawin tu LEBIH PENTING!!! ^^,

Azhafizah MN said...

soal kahwin ni kene well plan sebab sekali seumur hidup..insyaAllah..

Indah Mulya said...

thnx for sharing! menarik2..hehe

Harun Ar said...

Kalau memang tidak mampu..., perkawinan dapat dilangsungkan dengan sederhana.... Jangan sampai keburu tua... he he

Post a Comment