21 October, 2012

Yang tersirat : Wuduk

Assalamualaikum.. Aduh..!! Bosannya weekend aku hari nie.. cuaca mendung dan gelap.. (dok nampak dah hari nie hujan lebat..) Hmm.. Hari nie aku x tahu nak update apa tapi aku ada terjumpa artikal yang amat menarik.. (kita buka bab agama pulak..)
 

Sebelum kita solat atau mengaji al-qur'an, first kita buat adalah mengambil wuduk kan..?? (kalau x ambik tuu x sah laa sembahyang dia bukan.. sia² aja..) Bila di tanya kenapa ambil wuduk..?? Jawapannya nak bersihkan diri dan mensucikan diri dari kotoran dengan mengunakan air yang bersih.. Tak semua tahu kenapa kita berkumur, basuh muka, tangan, kepala, telinga, kaki kan..?? Semuanya ada maksud tersendiri..

Ketika ambil wuduk tuu niatkanlah dalam hati kita tuu ye..
1. Mulakan dengan bismillah dan niat untuk mengambil wuduk..
2. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
3. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
5. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
6. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
7. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
8. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
9. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Menarik bukan..?? Sebab itu laa kita sentiasa berwuduk dan menjalankan ibadah.. Memang benar laa Islam itu INDAH.. Ok laa.. Nak bersiap pergi meronda-ronda sebelum hujan turun.. (Yang x solat lagi tuu, baik pi tunaikan kewajiban tuu.. Nanti terlepas pula.. Hehe..!) Selamat ye..

Sekian..

18 October, 2012

A.E.S


Assalamualaikum w.b.t.. hoho..!! Macam² dah berlaku kat Malaysia nie.. Sekarang aku baru dapat tahu banyak simpang empat kat Kangar dah pasang kamera tertutup CCTV.. (Tapi awat lain macam aje dia punya kamera). Selidik punya selidik sudah pasang AES daa.. (Lepas nie x ada 'can' laa nak potong lampu merah lepas nie..) Korang tahu ka apa itu AES..??

 kamera AES mudah alih yang in-progression sebelum di pasang di tempat yang ditetapkan..

AES mean Automated Enforcement System.. (Kalau dalam bahasa melayu Penguatkuasaan Automatik Sistem) Bila dia di pasang..?? Menurut motortrader.com.my, ia di pasang pada bulan Ogos lepas.. (Kat Perlis aku x tahu bila diorang pasang..) Hampir 800 kamera tetap dan 500 kamera mudah alih di pasang bagi memantau lalu lintas.. Kebanyakannya di pasang di laluan lebuh raya dan simpang jalan yang dikenali 'jalan hitam'..

Ramai orang tak puas hati dengan pemasangan AES nie.. (Ye laa.. Kalo dah kena snap dengan kamera tuu jadi saman terus laa.. dah laa mahal saman dia.. adoiyai..) Pihak JPJ dah dedahkan lokasi² di mana tempat AES di pasang.. Jadi kepada penguna jalanraya, berhati-hati laa semasa memandu.. (Lepas nie yang beli kereta ferari, lamborgini tu bawak laa 110km/j.. Hahaha)

 Jadi, apa pon selamat memandu ye.. Lagipon raya haji dah dekat.. Ramai budak² universiti dengan matrikulasi nak balik kampung halaman.. Semoga selamat sampai ke destinasi ye.. (Aku pon xsabar nak balik kampung nie.. Cepat la datang 24hb.. Tak sabar nak balik kampung nie..)

Sekian..

11 October, 2012

Apabila Internet sudah penat..

Respon yang aku dapat.. amat membanggakan..

Hah..!! makin hari makin teruk internet di kolej kediaman aku sejak aku berada di hostel nie.. (Dah dekat sebulan lebih aku kat sini.. Tak ada perubahan internet kat sini..) Tension betul bila aku nak sangat pakai nak surf cari maklumat untuk assignment atau tutor, mesti internet aku dah penat.. (Why always me..?? asyik aku ja x dapat.. argghh..)

Maafkan saya kalau kerja² saya tertangguh.. (Yang pasti esok aku ada quiz aku.. Semak kepala tunggu nak download note.. Zzzz)

Sekian..

04 October, 2012

After 5 Month..

Assalamualaikum semua.. Setelah 5 bulan tak ber'blogging' nie jadi kekok pulak nak update blog.. (ada siapa² rindu aku x..? Hehehe..) Ok, setelah sekian lama aku tak ber'blogging' nie macam² dah berlaku kat blog aku nie haa.. (nasib baik x di 'terminate'kan.. kalau tak, nak kena buat baru..) 

Chatroom yang aku edit di tepi kanan blog aku sudah problem.. (penat aku edit cantik², depa block pula..) Ingat nak 'aktif' kan balik chatroom aku tapi server mereka dah unactivated laa.. (alaa.. baru nak upgrade balik..)

Nota² aku untuk post dalam blog aku (bahasa jepun especially..) sudah hilang selepas balik ke kampung halaman (Mana aku simpan pon x tahu.. Cuti lama sangat jadi macam nie laa.. Hehe..) Jadi aku kena laa cari bahan lain laa untuk post benda baru² dekat blog aku nie.. (Jangan risau, lepas nie ada lagi bahasa jepun bakal aku update cuma tiada bahan rujukan je.. huhu..!!)

Lepas nie aku akan cuba meng'update'kan blog aku yang dah lama aku tinggalkan.. (5 bulan aku tinggal, mesti orang ingat aku sudah tutup kedai..) Apa nak di katakan, aku akan terus ber'blogging' seperti biasa.. (I'm back.. Hoyeeahh..!!) Apa² pon selamat malam..

Sekian..

19 June, 2012

First-Day Practical : GiTN @ TM

Assalamualaikum semua.. apa kabar..?? alhamdulillah selepas tamat aku punya final exam hari tuu lega sikit aku punya beban haa.. (sampai memory dalam kepala otak aku kerja full je.. adoi..) Dan laa lepak sehari untuk bercuti kan.. (korang mesti tanya kenapa sehari aku cuti kan..) Semalam aku mendaftarkan diri aku (dengan rela hati laa orang kata..) untuk berkhidmat di bangunan TM Alor Setar, Kedah.. (walaweh, orang TM nuhh..)

Aku akan berkhidmat dengan TM bermula semalam (18/06/2012) hingga awal bulan September (07/09/2012).. Hari first nie just pergi melaporkan diri, daftar borang, bayar duit untuk ID kad.. (habis duit aku nak belanja makan.. dah laa aku bawak cukup² je.. x tau pulak ada pembayaran untuk kad.. huhu..!!) Tapi x apalah, kerja amal punya pasal aku terpaksa buat laa.. (puh².. maw 4 plat naa aku punye praktikal nie.. dah aku wat kerja amal nie.. aku nak 4 plat je.. ahakz) Ok laa.. Habis nanti aku nak cari barang² untuk ikan aku.. Tak sabar pulak nak breed ikan betta aku nie.. hehe..!! nanti teman bagi info² baru ye.. bye²..

Sekian..

15 June, 2012

Minggu Akhir Final Exam

Yeah..!! setelah 2 minggu aku x meng'update' blog rasa macam miss someone pulak kat sini.. Opss.. Assalamualaikum semua.. apa kahabar..?? lama xdengar cerita kan.. (da yang rindu aku ka..?? haha..!!) Ok laa, hari nie last day aku update blog kat hostel nie haa.. Pasnie x tahu kat mana pulak aku nak update blog lepas nie.. maybe aku update kat cyber cafe je kot.. Almaklum laa, saya anak orang kampung.. (tiada keretaku bawa kau jalan-jalan,~ rumahku pun tak ada pun bapa punya..~ macam kena ja dengan lagu nie.. tapi aku orang kampung yang ada education ok..!! haha..!!)


Inilah keadaan dan tempat aku study sampai selerak kertas² soalan, note, tutorial punya solution dengan cari bahan rujukan kat PC gamer kat atas katil aku nie haa.. korang jangan tanya kenapa aku pilih katil sebagai tempat aku study nohh.. haha..!!

Esok adalah last paper dan lepas tuu.. praktikal pulak.. (Untung laa budak² lain cuti semester nie sampai 2 bulan..) hadoi.. Ok laa, nak kemas barang pula.. (semangat nak balik membuak² dah aku dari menjawab last payper.. haha..!!) Tunggu saya Mak, Abah, n adik² ku.. Esok abang long balik..

03 June, 2012

Final Exam Mood

Assalamualaikum dan selamat pagi blogger² sekalian.. Untuk pengetahuan korang, esok bermulalah final exam aku haa.. (ada aku kesah..??) Biar pon x ada study week, tapi aku akan cuba curi tulang nak dapat ilmu untuk jawab final exam nie.. (lagipon dah biasa dah exam kilat nie.. sem lepas, satu hari, 3 paper kena ambik haa.. memang diorang ingat kiteorang genius laa.. padahal huh..!!) Semester nie alhamdulillah laa.. Final exam untuk semester nie ada laa nyawa² sikit nak study biarpon study week x ada angkara viva mini project.. (puihh..!)

Ok.. kepada member² blogger sekalian, aku nak mohon maaf kalo ada silap dan salah.. tolong ampunkan ye.. (tolong laa.. aku nak jawab exam nie.. nanti x tenang pulak teman kalo aku nie ada rase salah kat korang.. huhu..) Dan aku jugak akan berhenti update blog buat sementara waktu nie untuk aku fokus kat exam aku.. Jangan risau, sekejap je.. Tak lama, 16hb aku free laa.. (2 hari je aku free.. pastu nak praktikal pulak 18hb.. hadoyai nyer pon..) Apa² pon doakan teman ye.. Assalamualaikum..

p/s: lesson japanese pon aku stop kejap.. nanti bila aku habis final exam aku update ye.. sumimasen..

Sekian..

30 May, 2012

Learn Japanese Language - Kata-kata Sifat

Asalamualaikum and ohaiyo mina-san.. Apa khabar semua.. x bangun tidur lagi ka..?? (nie x bangun sembahyang subuh laa nie.. lajak sampai matahari terbit nie..) hehe..!! Ok, hari nie aku tah macam mana x boleh nak tidur balik siap update blog lagi.. Kalo nak update pon petang² atau lewat malam je aku buat nie.. (maybe final exam kot menganggu fikiran aku nie.. hadoii..) Ok laa, hari nie kita mengenali sifat² yang ada pada diri kita dan orang lain..

||  Bagus / baik - ii, yoi  ||  Buruk - warui  ||  
||  Lambat / Pelahanan - osoi  ||  Cepat / pantas / awal / laju -  hayai  ||  
||  Gembira / suka - ureshii  ||  Menyenangkan - tanoshii  ||  
||  Seronok / menarik - omoishiroii  ||  Bosan / tidak seronok - tsumuranai  ||
||  Comel - kawai  ||  Cantik / lawa - utsukushi, kirel  ||
||  Manis - amai  ||  Masin - shiokarai  || 
||  Pedas - karai  ||  Lazat / enak - oishii  ||
||  Luas / lebar / besar - hiroi  ||  Sempit / tirus / kecil - semai  ||
||  Ringan - karui  ||  Berat - omoi  ||
||   Kurus / langsing / lampai - hosoi  ||  Gemuk - futoi  ||
||  Tebal - atsui  ||  Tipis - usui  ||
||  Longgar - yurui  ||  Ketat - kitsui  ||
||  Panjang - nagai  ||  Pendek - mijikai  ||
||  Menakutkan - kowai  ||   Lembut / Sederhana - yawarakai  ||
||   Keras / tegas - katai  ||  Gelap - kurai  ||
||  Lengkap / lanjut - kuwashii  ||  Panas / hangat - atatakai  ||
||  Sejuk / dingin - samui, suzushii  ||  Lemah - yowai  || 
||  Kuat / gagah - tsuyoi  ||  Tinggi - takai  ||
||  Rendah - hikui  ||  Jauh - tooi  ||
||  Dekat -chikai  ||  Murah - yasui  ||
||  Mahal - takai  ||  Kecil / sedikit - chiisai  ||  Banyak / besar - ookii  ||

Ok, sampai di sini sahaja lessons japanese kita.. Ok, nak siap² pi kelas last of week ye.. (padahal minggu study week, tapi kelas x settle lagi.. hadoi..) jaa ne..

Sekian..

27 May, 2012

Karnival Hari Peladang Perlis

Assalamualaikum semua.. Hoi² kepada semua geng² blogger.. Minta maaf di atas kesibukan yang x dapat di elakkan kerana banyak kerja assignment n' test last² minit nie.. (mini project pon x settle lagi nie.. hadoi.. pening²..) Hari ini aku try curi² masa sikit nak update blog yang nak usang nie haa.. (usang ka..?? follower pon dah cukup² 300 haa.. thanks you all's.. follow blog nie dengan ikhlas hati ye.. haha..!!) Hari nie aku sempat pergi ke Dataran Dato Sheikh di Kangar tuu, yang ada karnival apa tah sampai hujan² pon aku pi haa.. (padahal bosan dok hostel, tuu yang lari kuar pi jalan² kangar tuu..) Biarpon hujan dan ribut angin, aku and da geng, meredah jugak pi sana tengok apa yang best..
 
 Hujan turun tapi still on going kot.. Tak lekeh laa karnival nie kan.. haha..!!
 
Kebanyakannya boost karnival nie banyak jual barang² pertanian, ubat-ubatan dengan buah-buahan je kat sini.. boost jual ikan betta pon ada gak tapi ikan dia jual sudah tinggal beberapa ekor je kat rak tuu..  (ingat nak angkut ikan baru, tapi pi pon last day dah, tinggal sikit je laa.. tengok pon banyak jenis salamander je.. form pon kurang cantik..) Tapi x apa laa, at least aku boleh tambah pengetahuaan + kawan dalam betta village nie.. Mana tahu satu hari nanti aku boleh jadi macam die ke boleh bukak boost kalo ada karnival kan.. Ahakz..

Jalan punya jalan aku jumpe laa satu boost nie dok cerita pasal buah-buahan.. ingatkan patung plastik je tapi realiti.. 1st time jumpe buah besar².. (ini kalo makan atau masak boleh wat stok 2-3 hari nie..)

 
 Ini dia.. Limau bali extravaganza.. (nie makan kenyang terus.. haha..!!)

 Nanas extravaganza, pisang tanduk dan buah kelapa.. (pisang nie kalo besaq² sangat, nak masak pisang goreng pon x sedap.. kerepek ok kot..)

 Sengkuang extravaganza.. (first time tengok nie.. baka mana laa depa ambik nie..)

Tomato kembar.. kena buat operation nie.. haha..!! (boleh makan ka x nie..?? risau betoi kalo pelik² macam nie haa..)


Selesai jalan² dan x tahu nak buat apa dah, kami semua angkat kaki balik ke sarang kat Kuala Perlis tuu haa.. Ok la, ini pon nak start study balik sebab esok da lab test.. (adoi.. dah laa ada mini project yang x settle lagi nie, esok pulak kena buat lab test.. masak aku..) Sebelum tuu aku nak ucapkan tahniah kat budak kelas aku, Aini Azura yang baru lepas kahwin dgn pilihan hatinya tuu.. Selamat pengantin baru ye.. (style x aku dengan budak² kelas pi Kelantan balik hari.. haha..!! penat²..)


Dari Kuala Perlis ke Tanah Merah, Kelantan pergi ke Majlis Perkahwinan Kak Zura.. Apa² pon taniah.. Semoga panjang umur dan murah rezeki ye kak Zura n' suaminya ye.. (bila turn aku..?? kena cari marka dulu laa.. baru boleh kahwin.. haha..!!)

Sekian..

23 May, 2012

Learn Japanese Language - Ucapan Terima Kasih

Assalamualaikum.. hoi² korang semua.. (mood bermandi peluh di siang hari) Tiap² hari memang best dengan cuaca yang perrgghhh.. Gua cakap sama lu, x payah exercise atau jog, dok kat dalam bilik pon dah cukup.. Baca buku pon boleh berpeluh haa.. Haha..!! (aku baru update blog pon dah basah dh baju haa..) Ok, tanpa buang masa aku nie baik aku teruskan mengenai lesson mingguan kita.. Hari nie kita akan belajar berterima kasih pulak.. Selalu kalo orang bagi barang atau hadiah, kena laa ucap terima kasihkan.. (kalo x berterima kasih tuu, biadap nama nyer.. silap² kena 'pang' laju².. haha..!!) Jom mulakan..

Doomo arigatoo-gozaimasu
Berbanyak-banyak terima kasih

Arigatoo-gozaimasu
Terima kasih

Doomo arigatoo
Terima kasih banyak

Doo itashmashite
Terima kasih kembali / Sama-sama

Kochira koso
Kesejahteraan pada saya

Iroiro-to osewa-ni nari arigatoo-gonzaimasu
Terima kasih banyak di atas segala-galanya

Goshinsetsu arigatoo-gozaimasu
Terima kasih di atas budi baik anda

Otesuu-o okakeshimashita
Terima kasih di atas susah payah anda

Ok.. sampai sini saja mengenai ucapan terima kasih.. apa² pon selamat ye.. kalo ada silap dan salah bagitahu saya ye.. jumpe lagi.. arigatoo n' jaa na..

Sekian..

19 May, 2012

Betta Fish : New Arrival (Salamander, Red Gold Dragon, Gold)

Salam semua.. Hari ini sangat² laa best..  Kerja aku tido je.. (tido sampai berpeluh².. panas betul hari nie..) dah x tahu nak buat apa.. online macam dah bosan jaa.. (balik² bukak blog dengan FB aje..) Tapi hari nie aku nak post new family in da room.. (room laa.. sebab dok kat hostel lagi nie.. kalo rumah aku baru laa home sweet home..) Sekarang aku ada 5 ikan betta baru sampai dari ladang.. (saya memang suka bela² ikan nie..) jadi aku letak picture ikan baru aku snap nie haa..

 2 ekor ikan kat atas nie jantan.. belah kanan tuu ikan betta jenis salamander.. warna pada badan ikan nie nak merah jambu sikit.. tapi bila kena cahaya atau lampu sisik ikan nie nak ke warna purple.. yang belah kiri pula ikan betta red gold dragon.. sisik badan ikan nie nak warna emas² dan ekor dengan sirip ikan pula warna merah.. ikan nie sangat cantik bila kena cahaya..

Yang 3 ekor dalam picture nie pula adalah betina.. Kiri tuu jenis red gold dragon, dan kanan pula jenis salamander.. sama macam jantan cuma shape pada ekor dengan sirip ja berbeza sikit.. (lagi pon aku beli pair dengan jantan..) Ok yang tengah tuu ikan betta jenis gold.. brader tuu bagi aku extra sebab kalo breed dengan ikan gold ni nanti, anak² ikan nanti mesti cantik dan sisiknya nampak kilat.. (thank you laa bro..) 


Amacam..?? Cantik x ikan saya tuu.. Sorry laa kalo x nampak tuu lagi pon aku pakai kamera digital jaa.. (nak beli kamera DSLR x mampu..) ikan nie baru berusia 2 bulan dan masih perlu penjagaan yang rapi.. (biasa la tuu.. baby lagi..) Dan untuk pengetahuan korang, ikan betta yang aku beli tuu sebenarnya sangat rare dan mahal (seekor sahaja pon dekat rm40 keatas) tapi saya selalu deal dengan brader nie, dapat laa diskaun sikit.. Apa² pon thanks to him.. Kepada sesiapa yang minat ikan betta macam aku nie nanti boleh saya kenalkan kat dia.. (sangat sporting n' banyak info pasal ikan betta nie..) Ok laa.. sambung main game pulak.. malam satg nak tengok final UEFA Champion League.. (nak tengok game Kelantan lawan Sime Darby pon x da kaitan dengan aku.. lagipon aku bukan orang Kelantan..) Hehe..!!

Sekian..

18 May, 2012

Terrr'ponteng' kelas lab, Terrr'mengemas' bilik

Haha, assalamualaikum dan selamat petang blogger².. Apa khabar..?? Hari nie aku dah terrr'ponteng' kelas lab pagi tadi secara x sengaja ok.. (aku dah bangun awal dah.. lagi pon just discuss pasal mini project jaa.. aku nak pi pon x tahu nak buat sebab teamwork aku semua balik kampung daaa..) Ok laa, dari aku x tahu nak buat apa aku mengemas pulak bilik aku yang serabut kepala otak dengan bersawang² monitor nie haa.. Jadi, aku pon kemas laa bilik aku yang x seberapa nie.. (jangan ingat aku x reti mengemas..)

 Korang lihatlah picture belah kiri tuu.. banyak sungguh lelabah dok bersuka ria di atas siling bilik aku tuu sampai rumah diorang (lelabah) dah naik hitam²..  Kes tuu aku kerap selesema jaa.. (kalo dibiarkan leh mati aku binatang kecik² jatuh waktu aku tido nanti..)

Hat nie ruang utama aku nak online, gaming, wat kerja² assignment and apa² kerja semuanya kat sini.. So, ruang kat sini memang aku kena bersihkan laa.. (Yela..dok serabut² kepala lepas balik kelas.. pastu, mai masuk bilik pon bertambah lagi laa serabutnya.. adoi..) Selepas mengemas (picture belah kanan..) semuanya rasa tersusun rapi.. baru rasa tenang jaa.. ikan yang dok berenang² dalam aquarium pon happy.. (merapu dah aku..) Haha..



Setelah selesai tugas mengemas bilik ini semua, aku pon apa lagi.. tunggu turn nak mandi laa.. Selepas nie nak pi solat jumaat.. Hehe..!! Ok.. esok lusa aku update benda baru pulak.. (minggu nie je nak update + blogwalking pon.. pasnie dah nak start study week daa.. huhu..!!) Bye²..

Sekian..

16 May, 2012

Learn Japanese Language - Ucapan perpisahan

 Assalamualaikum semua.. Huh, hari nie aku agak letih sikit kes keadaan cuaca yang agak ekstrim di Perlis nie haa.. (sekarang dok mandi peluh jaa nie di dalam blik.. mandi pon dah x rasa air dah nie..) Ok laa, hari ini tanpa buang masa (laju aku taip keyboard haa..) meh kita belajar ungkapan bahasa jepun iaitu ucapan versi perpisahan.. (pi mood sedih laa pulak..) Tak pe, aku teruskan je laa eaa..

Sorosoro ikanakereba-narimasen
Saya mesti pergi segera

Zehi mata okoshi-kudasai
Sila datang lagi

Mata oai-shimashoo
Saya harap dapat bertemu anda lagi

Kondo-wa itsu oai-dekimasu-ka?
Bilakah kita dapat bertemu lagi?

Chikajika mata aimashoo
Saya akan jumpa anda segera


Mata kitai-desu
Saya gembira kalau dapat datang lagi

Minasama-ni yoroshiku
Sila sampaikan salam saya kepada setiap orang

Ki-o tsukete
Jaga diri

Amari muri-o shinaide-kudasai
Harap anda jangan bekerja keras

Ok.. sampai di sini sahaja kelas kita untuk hari ini.. aku pon nak keluar cari tempat sejuk sikit, Dah x tahan dah duduk dalam bilik samapi bermandi peluh nie... Apa² pon selamat ye.. (jauhnya nak pi library.. kat mana lagi tempat lagi best ea.. huh..!!)

Sekian..

Trip : Air Terjun Kg. Wai, Perlis

Yeah..!! Setelah sekian lama aku x update.. Akhirnya sempat jugak aku create entry untuk minggu nie.. Ya, petang semalam, selepas habis Test ke-2 Control n' System (soalan dia susah gila, naik pecah kepala otak aku nak menjawab tadi.. grr..!!) Tetiba ada plan nak pergi mandi air terjun Kg. Wai.. (Hah..!! kat kuala perlis ada air terjun ka..??) Aku pula x tahu dekat area Kuala Perlis nie ada kawasan air terjun.. So, aku dengan kawan² aku mulakan perjalanan dengan 5 buah motosikal dan sebuah basikal.. (sebelum nak bergerak tadi pakat berebut laa nak naik basikal tadi.. haishh..) Dengan ini geng pengembaraan bermula.. (yang x tahan kami semua sesat nak pi sana.. haha..!!)

 Inilah laa dia trip perjalanan kami dari kolej kediaman ke bukit belakang yang menjadi tanda tanya kami semua yang bawasanya dekat area Kuala Perlis ada air terjun.. Jadi, kami semua akan selidik tempat tersebut mana tahu, nanti boleh buat BBQ atau tempat lepak untuk budak² kelas aku.. Hehe..!!

 Korang nampak bukit² kat dalam picture tuu..?? Haa.. Tempat tuu laa kita orang semua nak pergi tengok ada apa kat sana.. Mana taw kot² ada harta karun.. Haha..!! (Opss..!! sori camera-man.. kita orang laju sebab orang berbasikal kayuh laju laa..haha..!!)

 Dalam perjalanan naik bukit (sampai paksa motor aku teran nak naik.. boleh jahanam motor aku kalo jalan bukit² macam nie..) Dah elok² nak sampai tempat kami semua nak tuju tuu.. (x sampai 200 meter je..) Member aku, Si Qie nak pitam pulak.. (ye laa.. penat kayuh naik bukit pastu oksigen pon kurang sikit sebab atas bukit kan.. pernafasan pon huh hah laa..) Tapi x mengapa, masih lagi under control.. (nie kalo telefon ambulans, mampos die nak mai sni dengan jalan macam nie.. haha..!!)

 Setelah sampai ke destinasi, kami biarkan member kami nie rest sekejap.. (kesian haa tengok..) Yang lain pulak ambil peluang nak hirup udara² segar kat sini haa.. fuhh.. sejuk n' nyaman wa cakap sama lu..!

 Tiba di tempat kejadian, agak mengecewakan apabila melihat tempat tadahan air agak² cetek.. (ini stok basuh kaki ja nie..) Lagipon tempat ini sudah lama di tinggalkan dan memang harapan nak mandi air terjun tuu memang tipis laa.. (nak wat macam mana.. sabar je laa.. haha..!!)

 Biar pon kami penat lelah mendaki bukit dengan ketiadaan air tempat kawasan tadahan tuu tapi kami semua still happy lagi sehh.. (2 orang belah kanan tuu lagi excited..haha..!!)

 Ingatkan nak balik, tapi dah terjumpa lorong masuk hutan nie, kami semua cuba lalu dan trekking naik keatas pulak dengan harapan nak cari air tapi melihat keadaan sekeliling dan laluan air pon sekadar air takung je.. (memang xdan can laa nak mandi nie..!!) Tak sampai 300 meter kami semua patah balik ke tempat kami parking motor tadi.. (penat sehh naik.. licin pulak tu..)

 Ok.. Masa untuk turun bukit pulak.. Qie pon dah tunjuk isyarat "boleh lagi".. kami semua pon apa lagi, vroomm² turun balik laa.. (x ada laa nak tinggal mamat nie.. t pitam kat mana² karang, naya kami semua nak cari dia.. haha..!!)

Hat nie kami saje² nak mai.. dah alang² nak berjalan kan.. kita orang pusing² laa pi tepi laut dekat area² Kg Wai nie haa.. (Ok laa ckit dari nak pi lepak kat Kuala Perlis tuu kan..)

 Yang nie laa gambar nampak macam style sikit.. (boleh laa jadi cover album untuk budak² networkers t.. haha..!!) Apa² pon thanks kat camera-man² (termasuk aku) kerana sudi menangkap trip² kita orang pergi ke air terjun tuu sampai lepak tepi laut nie ye.. (Si Daus baju merah yang banyak gambar..)

Mari laa kita pulang sambil melayan buku² untuk test yang bakal datang pada minggu² hadapan.. (adoi.. sakit kepala mai dah.. tidak²..)

Sampai di sini sahaja trip kita orang untuk minggu ini.. Mungkin lepas nie aku bakal cerita pula budak² kelas aku yang bakal kahwin hujung bulan nie.. (untung laa budak kelas aku kahwin awai..) So, kita jumpa lagi ye.. jaa na..

Sekian..

11 May, 2012

Betta Fish : Solution Jika Mata Ikan Bengkak

Assalamualaikum semua.. hehe..!! hari nie sempat aku update blog.. (yela.. cuti minggu sabtu ahad kan, sempat laa nak update macam² kan.. hehe..!) Ok..!! walaupon aku dah x tahu nak update apa, jadi aku nak share sikit kes pasal ikan kesayangan aku nie haa.. (nahh.. kes pe lak nie..) Mata kita kalau sakit atau bengkak, selalunya korang titiskan eyemo atau ubat mata kan..? tapi kalo ikan mata bengkak atau sakit, macam mana pulak ye..?? (member aku kata buh 'Eyemo' kat ikan tuu.. genius sungguh..) 2 hari lepas, ikan aku tetiba matanya bengkak sebelah.. (Aduhh.. kalo ikan, macam mana aku nak ubat nie..)

Setelah dikaji dan diselidik oleh pakar² dan sifu² lain, rupa²nya ikan aku nie sakit kes pH airnya x stabil dan keadaan air dalam aquarium dah tercemar.. (kes x tukar air laa nie..) So, ikan betta aku nie terpaksa di quanritin kat bekas lain laa.. (macam mana aku nak buat..??) 1st korang cari air sungai atau tali air yang bersih (keruh pon xpe..) kemudian, korang cari daun ketapang kering banyak².. (daun kering pon ok jaa..) masukkan ke dalam bekas yang berisi air sungai tuu haa.. Pastu, biarkan ikan tuu di dalam bekas tadi selama 2 hari.. Nanti korang tengok laa hasilnya..
Ikan aku yang nie laa yang sakit.. Tapi hat nie dah elok dah sebab diquaritinkan.. Sudah 2 hari lebih.. (tengok bekas die pon korang taw dah macam mana kan..)

Disebabkan aku x mahu kes nie berulang lagi kat ikan² kesayangan aku nie.. aku pon pergi laa ke pet shop tadi beli anti klorin dengan ubat khas ikan betta nie haa.. (sayang sungguh ikan die nie ye..) Cukup mudah laa nak jaga hidupan akuatik nie kan.. aku pon selalu bertanya pada orang² lama yang kecimpung dalam pembelaan ikan nie.. (dulu aku bela sampai 20 ekor, x pernah pon kena penyakit nie.. 1st time kot..) Dengan adanya ubat nie, maka dengan senang hatilah aku ambik air dari bilik air je.. (yela dah beli ubat anti klorin nie, settle masalah..) 
 Hat nie laa ubat² aku baru beli tuu.. Botol kuning anti klorin dan botol hijau kecik tuu pulak ubat ikan laga.. (botol kecik tuu mahal kot ubat die..)

Selepas air di salin.. (jernih je air die kan..)

Hehe..!! Apa² info yang aku dapat nie, aku share laa kat korang semua kan.. Mana laa tahu kalo² ikan korang kena penyakit macam ikan aku nie haa.. At least, tahu jugak cara² nak mengubatinya kan.. Dan korang jangan laa ingat ikan kalo sakit jaa dah kata nak mati.. Jangan pikir macam tuu, kita try buat yang terbaik untuk selamatkannya.. Kalo manusia boleh diselamatkan.. x kan dengan haiwan pon x boleh.. Apa pon selamat hari jumaat ye..

Sekian..

09 May, 2012

Learn Japanese Language - Ungkapan² Istimewa

Assalamualaikum dan selamat malam semua.. sorry laa sebab minggu nie aku x dapat nak ber'blogwalking' + update post baru lepas banyak bencana melanda kat diri aku nie.. (hadoi.. susah toi jadi budak engineer nie.. study hard² pon test macam tuu gak.. tension betul..) Ok la.. Hari nie aku nak share benda baru pulak.. Lessons untuk hari nie kita akan belajar mengenai ungkapan² istimewa dalam bahasa jepun nie.. (bunyi ja macam menarik kan..) Jom kita mulakan..

1. Itadakimasu
- ungkapan ini dilafazkan sebelum makan atau minum oleh tuan rumah sebagai ucapan terima kasih..

2. Gochiso-sama deshita
- ungkapan ini di lafazkan oleh tetamu kepada tuan rumah sebagai tanda ucapan terima kasih..

3. Oishikatta
- ungkapan ini bermakna "sungguh enak atau lazat". Ia dilafazkan selepas makan atau minum..

4. O'sematsu-sama
- ungkapan ini sering dilafazkan oleh tuan rumah sebagai maklum balas ucapan terima kasih dari seseorang tetamu yang diraikan.. Ia bermakna lebih kurang "tiada apa yang istimewa tetapi terima kasih di atas penghargaan itu"..

5. Gomen kudasai
- ungkapan ini dilafazkan untuk menarik perhatian tuan rumah atau kedai ketika seseorang datang berkunjung ke tempat tersebut.. Secara asasnya ia berbunyi "maafkan saya"..

6. Ojama shimasu / Ojama shimashita
- ungkapan ini pula ketika tetamu meninggalkan tuan rumah atau pejabat yang dilawatinya.. Ia bermaksud "maafkan saya kalau kedatangan ini menganggu tuan"..

7. Omachido-sama deshita
- ungkapan yang membawa maksud "maafkan saya kerana anda terpaksa menunggu"..


8. Shitsurei shimasu / Shitsurei shimashita
- ungkapan ini dilafazkan ketika seseorang tetamu lalu di depan seseorang yang lain.. Ia juga membawa maksud "maafkan saya"..

9. Gokuro-san
- ungkapan ini dilafazkan pada orang perseorangan atau sekumpulan orang yang telah melakukan tugas yang rumit dan mengabil masa yang panjang.. Ia merupakan ucapan penghargaan dan terima kasih kerana telah melaksnakan tugas tersebut..

10. O'kage sama
- ungkapan ini membawa makna ucapan terima kasih.. Ia dilafazkan bila seseorang bertanyakan keadaan diri seseorang yang lain.. Ia merupakan satu peradaban dan tatasusila orang² jepun bagi menghargai ingatan seseorang..

Hmm.. Sekarang baru tahu kan yang orang² jepun nie adab n' tatasusila mereka sangat tinggi.. (rakyat kita yang ada 5 rukun negara pon, ada lagi dok peyelewangan lagi.. degil betul rakyat aku nie..) biarpon mereka nie jenis kasar (time depa cakap serius bunyi die kasar tapi bila translate bahasa kita alahai.. lembutnya bunyi..) tapi mereka ada tatatertib yang mereka pegang.. Hehe..!! Ok laa, aku nak keluar pergi mencari makanan.. dah lewat dah nie.. apa² pon sori ye blogger² sekalian sebab aku x datang menyinggah ke blog korang.. (nie kes test kilat laa nie.. mai mengejut.. sakit badan toi..) Nanti kata sombong pulak.. Huhu..!! aku gerak dulu ye.. Sumimasen.. (tumpang lalu..)

Sekian..

04 May, 2012

Sale Item : MP4 Sony Walkman

Assalamualaikum semua.. Dalam keadaan kelam-kabut dengan test, assignment nie semua, datang pulak aktiviti sukan lawan antara PPK.. (Pusat Pengajian Kejuruteraan) Aduh, sakit macam nie.. Petang nie aku pulak masuk sukan acara sepak takraw gelanggang.. (dah la x reti main pon.. kalo setakat timbang² boleh laa.. bedal je laa.. janji main kan..) penat lelah main tadi game sudah kalah.. (2-1 Ok laa kan..) Tak apa, esok ada lagi game, boleh menang esok game.. (gambate fid.. haha..!!) Ok laa, aku bukan nak cerita pasal aktiviti aku nie.. hari nie aku nak jual barang kesayangan aku haa.. (dah tiba masanya wahai cintaku purple..) Dulu kerap sangat dok layan lagu², movie bila time jalan jauh nie.. Sekarang time to let go..

Ini dia Item aku nak jual.. (cer tengok.. kalo perempuan mesti suka dengan kaler nie..)


 MP4 Sony Walkman NWZ-S545


Item : MP4 Sony Walkman model NWZ-S545..
Condition : 9 / 10 (still look new.. walaupon sku bawak pi merata tempat.. x da calar-balar ok..)
Year : 2009 (lama dah nie.. sekarng pon ada lagi tapi still top price lagi)
Set Include : Cable USB (cas bateri pon pakai cable nie gak)
Specification: Storage 16GB, 2.4 inchi LCD display, Build-in Stereo speakers, Voice / FM recording function.. (x caya mai la tengok sendiri ye..)
Price : RM330 only.. (kalo mulut manis² leh laa teman kasi murah skit kan..)
Problem / Reasons : No earphones.. (Sori laa sebab item nie simpan lama dah dalam stor almari tuu.. kes earphone xdak laa.. kalo nak layan pon pakai speaker build-in die jaa.. hehe..!!)

Kalo ada yang masih dok ragu² pasal MP4 aku nie.. Nah, aku bagi link Sony Walkman haa.. [Klik Link Disini]

Ok laa, barang nie aku akan post kat blog dulu selama seminggu.. pastu kalo x da yang berkenaan, aku post laa kat mudah.com.my tuu nanti.. Ohh yaa, macam mana nak contact aku..?? leh laa 'e-mail'kan aku kat e-mail di bawah, nak PM kat FB x apa, x pon post jaa komen kat entry nie haa.. Aku akan contact korang secepat yang mungkin.. (secepat mungkin laa konon.. t silap² seminggu haa depa dok tunggu..)

E-mail : akufid@gmail.com
FB : www.facebook.com/akufid

P/S : x berani nak bagi nombor phone.. Nanti jadi macam dulu kerja nak kacau aku jaa.. Aku nak jual barang, bukan nak jadi operator.. grrr..!!

Sekian..

02 May, 2012

Learn Japanese Language - Kata Nama Peribadi

Assalamualaikum semua.. apa khabar korang semua..?? sorry kepada pembaca atau anak² murid yang dok menunggu lesson baru pasal bahasa jepun nie ye.. Lewat sikit hari nie.. (hari nie teman x sihat lorr..) Ye seperti biasa kita akan meneruskan learning kita.. Hari nie kita mengenali ganti nama peribadi..

Watashi - Saya

Terdapat beberapa kaedah lain untuk melafazkan ganti nama peribadi 'saya'.. Bagi kaum wanita atau perempuan, istilah ini sering disingkatkan kepada 'watashi'.. manakala bagi kaum lelaki pula selalunya guna istilah 'boku' atau 'ore'.. korang seelok-eloknya harus berhati-hati apabila menggunakan kedua-dua istilah nie.. (kalo pondan x tahu laa nak sebut mana.. t aku tanya pada yang pakar.. haha..!!) 'Boku' adalah istilah yang halus tapi ia digunakan dalam situasi² rasmi.. 'Ore' pula merupakan perkataan biasa dan hanya digunakan untuk situasi² x rasmi seperti dikalangan rakan² karib sering di tuturkan dalam majlis² rekreasi oleh pelajar.. ataupon golongan kelas rendah ataupon golongan penjenayah.. (macam tuu senang laa nak taw golongan² orang macam mana kan.. hahaha..)

watakushi -tachi - kita / kami
anata -tachi - anda [ramai]
anohito / anokata - dia [lelaki / perempuan]
anohito -tachi - mereka
anata - anda / kamu [tunggal]

Take this note : Dalam bahasa jepun, adalah menjadi kelaziman bagi mereka menggugurkan kata nama 'saya' dan 'anda' di dalam pertuturan.. Ganti nama 'dia' digugurkan apabila makna ayat jelas dengan sendirinya..

Contoh ayat:-
"anata wa kaimono ni ikimasu ka..??"
Adakah anda hendak pergi beli-belah..??

'Anda' atau 'anata wa' biasanya digunakan.. So, dengan ini, tamat sudah dan sekiranya ada kemusykilan, boleh laa chat kat chatroom saya tuu ye.. Aku nak baring jap, dah kena panadol nie.. Selamat ye.. huhu..!!

Sekian..

01 May, 2012

Side Income : Gushcloud

Assalamualaikum semua.. Apa khabar semua.. Cuti hari pekerja nie memang bertuah laa untuk orang² yang sudah bekerja nie kan..? (student macam aku pon dapat cuti gak.. kalo x cuti, pi kelas mana ada pensyarah.. diorang pon nak cuti gak..) Hari nie aku terjumpa satu website side income baru yang sesiapa ingin menambahkan pendapatan.. (macam mana tu..??) 

Haaa.. korang pernah dengar Gushcloud..?? (bukan awan nano taw..) Gushcloud nie umpama kita meng'sharing' link² pada facebook, tweeter ataupon blog.. cukup senang laa kalo korang ramai kawan² untuk mengajak sebab setiap klik dapat bonus.. itu bergantung nilai reward pada iklan tuu.. Apa yang korang perlu buat just daftar sebagai ahli gushcloud dan hanya klik pada banner² yang ada reward mahupon pointer karma (pointer karma tuu mcm bonuslink lak aku tgok.. haha..!) Senang kan.. Klik banner dan post pada facebook, tweeter, x pon blog.. Dalam masa sehari sahaja korang akan dapat 1-2 dolar lebih.. (kalo jenis pandai bermain kata².. aku xpandai.. huhu) apabila korang nak redeem tuu korang harus laa ada akaun paypal.. kalo x ada, macam mana nak masukkan..?? akaun i-banking pon leh guna jugak.. kalo masih x paham tuu, korang boleh laa bukak website Gushcloud tuu ye.. (x pon klik kat Gushcloud atau picture bawah tuu haa..)

Apa² pon aku just sharing je sebab ada ramai yang x tahu pasal nie.. Sebab tuu laa aku nak mengajak blogger² yang x tahu macam mana nak cari duit poket kan.. (aku x kisah sebab aku dah ada bisness sendiri yang bakal lunch hujung bulan 5 nie.. hehe..!!) Selamat mencari side income ye dan promote laa pada kawan² kalo berminat..

Sekian..

29 April, 2012

Perhimpunan Bersih 3.0 : Dataran Merdeka

Assalamualaikum semua.. Baca paper, tengok berita, wahhh..!! Semakin hari semakin bosan pulak aku dengar cerita geng² kuning nie.. (aku x suka warna kuning.. tapi bapa aku minat pula..huh..!!) Aku sekarang dalam dilema nak mengenali dunia politik nie.. tambah pulak nak pergi mengundi nanti.. Kadang² bapa aku rajin pula follow up pasal mereka semua nie.. sampai kena pergi dengar taklimat² mereka pula.. Nak² pula nak kena pergi dengar kata² orang atasan.. (tah betoi ka x diorang cakapkan tuu, kadang² depa nie nak duit sampingan ja nie..) minggu lepas targedi budak² mahasiswa dok boikot pasal PTPTN, nak mansuh kan PTPTN tuu.. tapi apa yang dapat.. habuk je laa korang dapat wei.. (kalau diorang nak mansuh bab duit bunga tuu aku sokong laa.. kalo kata nak mansuh PT terus tuu memang aku x sokong laa.. kalau dah pinjam, pandai² laa bayar balik kan..apa laa.. nak senang jee..) aku pon dah x tahu nak kata apa dah dengan rakyat² dan bangsa² aku sendiri nie.. Kadang boleh buat malu kat pelancong² asing yang mai melawat negara kita nie.. hadoii.. Nie aku ambil picture² dari MalaysiaKini..

 Perhimpunan yang amat ramai.. (boleh pengsan aku kalo dok berhimpun ramai² macam nie..)
Bom asap di lemparkan kepada orang ramai.. (dah macam palestin dah aku tengok haa..)
Berjalan kaki ke Dataran Merdeka.. (kalo aku, errr...)
 Dalam Perhimpunan nie baru perasan ada geng warna merah.. siapakah mereka..??
 Dalam kemelut perhimpunan Bersih nie, memang untung laa untuk orang berniaga kan..

 Polis Bantuan yang menghalang gerakan Bersih 3.0

 Agak² korang kenal x orang yang duduk di jejambat tu..?? (kalo x kenal, memang korang x pernah baca buku laa tuu..)
Yang mereka buat nie, adakah ini yang mereka cari kan..?? Fikir² laa kan..

 Himpun pon kena laa jaga kebersihan mcm brader nie.. x merosakkan pemandangan sekeliling..

Emm.. Kadang² perhimpunan macam nie leh mengeratkan ikatan persaudaraan, tapi kadang² leh jadi perbalahan antara satu sama lain.. (macam nie gaya, memang aku x pi laa perhimpunan yang x mendatangkan faedah..) Ingatkan duduk  di Malaysia nie aman, rupanya tak jugak.. Penuh dengan drama² diorang (orang atasan yang tak bertanggungjawab) menipu rakyat dan bangsa sendiri.. So, kepada budak² sekolah @ mahasiswazah² (macam aku nie..) x payah join benda² macam nie.. Korang boleh fikir secara rasional dan korang taw beza yang mana fakta, yang mana auta.. kalau sekadar ambik tahu, ok laa kan, at least tahu juga info² di Malaysia nie.. Kepada geng² kuning, (bukan geng digi ye.. jangan perasan..) aku hanya ambik tahu saje dan x mahu join benda² macam nie sebab aku belum bersedia lagi nak masuk dunia politik macam nie.. (aku punya study pon dah serabut kepala otak, nak masuk politik² macam nie.. kirim salam aje laa..) Apa² pon baik layan cerita yang orang dok gila² nak tengok tuu,"The Avenger" (nak tengok tapi tiket malam, malas betoi nak pi tengok malam sorang².. Huh..!!) Apa pon selamat malam dan terima kasih baca post aku yang x seberapa nie..(Hehe..)
Sekian..